Program Wakaf Stesen Wuduk SAHALA®
RM5,190 of RM7,500 raised
Program Wakaf Stesen Wuduk SAHALA® ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh umat islam untuk mewakafkan Stesen Wuduk SAHALA® di tempat-tempat tertentu seperti masjid, surau, hospital, pusat jagaan (warga emas dan OKU), pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam, hentian rehat, dan lain-lain tempat yang akan membantu dan memudahkan golongan warga emas, orang kelainan upaya, ibu mengandung dan pesakit untuk mengambil wuduk.
Tanggungjawab kami adalah menyalurkan Stesen Wuduk SAHALA® yang anda wakafkan terus kepada tempat-tempat yang memerlukan apabila dana yang diperlukan sudah mencukupi.